RAM (Random Access Memory) adalah komponen yang paling mudah dan cost-effective untuk upgrade. Tapi ramai yang tak tahu bila masa yang sesuai, atau sama ada laptop mereka support upgrade RAM.

Tanda-Tanda Laptop Perlukan Lebih RAM

Berapa RAM Yang Anda Perlukan?

4GB RAM

Minimum untuk Windows 11. Untuk kerja asas (email, browsing sikit, Word/Excel) masih okay. Tapi kalau anda heavy multitasker atau buka banyak tab Chrome, 4GB akan terasa sesak.

8GB RAM

Standard sweet spot untuk kebanyakan pengguna. Cukup untuk kerja pejabat, browsing banyak tab, video call, dan light editing. Kami rekemen minimum 8GB untuk pengguna 2026.

16GB RAM

Untuk content creator, programmer, atau heavy multitasker. Kalau anda guna Adobe Premiere, Photoshop, atau virtual machine โ€” 16GB adalah minimum yang sepatutnya.

32GB atau lebih

Untuk workstation berat โ€” 3D rendering, video 4K editing, server development. Kebanyakan laptop biasa tak sokong 32GB.

Jenis-jenis RAM โ€” DDR, DDR2, DDR3, DDR4, DDR5
Jenis RAM dari DDR hingga DDR5 โ€” setiap laptop guna jenis berbeza, tidak boleh campur

Semua Laptop Boleh Upgrade RAM?

Tidak semua. Ada beberapa kes di mana RAM tak boleh diupgrade:

Sebelum beli RAM, perlu check spec laptop dan sama ada ada slot kosong yang tersedia. Bawa laptop ke kami โ€” kami check percuma.

Kos Upgrade RAM

๐Ÿ’ก Tip: Upgrade dari 4GB ke 8GB adalah upgrade yang paling impactful yang anda boleh buat pada laptop lama. Perbezaan prestasi sangat ketara dan kos sangat berpatutan.

RAM vs SSD โ€“ Mana Upgrade Dulu?

Kalau laptop anda masih guna HDD (bukan SSD), tukar ke SSD dulu. Peningkatan kelajuan akan lebih dramatik. Selepas tu baru upgrade RAM. Tapi kalau dah ada SSD dan masih slow โ€” RAM adalah upgrade seterusnya.

๐Ÿ› ๏ธ Nak Upgrade RAM Laptop Anda?

WhatsApp kami dulu โ€” kami akan check sama ada laptop anda support upgrade dan cadangkan RAM yang sesuai. Kos upgrade biasanya sangat berbaloi.

๐Ÿ’ฌ WhatsApp Sekarang

Artikel Berkaitan: